Welcome To mY Blogger http://lieyaaellyana.blogspot.com

Monday, November 21, 2011

ketikaa Malaikat mngingatkan saya diLembayung Sayapnya ;'(

Airmata mengHantui saya selalu .
saya akan cubaa Amalkan Doa' ni selalu .
Awak ,saya tahu diri saya siapa pd awak .saya xblh bhgia kan awak kan mcm org lain .saya xkuat hadapi semua ni ,p apa2 pn ,saya nk bterima kasihh bt saya selalu nak berdamping n Allah .syukur Alhamdulillah .Hari ni ,saya nak pergy ke kubur ayah lgy .nak share kt ayah kesedihan dlm haty ni .hari2 selalu kena mrh ,selalu juga tahan sebak didada .perih n semua ni ,p dlpaskan n airmata .ckup la airmata ni mncerita kan segala2 nya jln hidup y berliku ni .saya akan cuba Belajar pendam mslh wlaupn ia mngundang kesedihan .Hanya Allah y tahu segala2 nya.If saya xblh simpan u bawa mslh tu,bru lar saya cerita kan segala2 nya kesedihan ni pd Orang y saya syg sgt2.saya tahu perkara ni membebankan n merimaskan situasi awak .saya xtahan awak pendam mslh ni sorg2 .Maafkan saya,saya xberniat n cerita kan n sengaja ;'(.Tahap saya skrg ni *Marah adelah #1 perkara y 'Fobia' buat saya.saya benar2 Takut bila kena mrh .saya bukan gadis y sempurna dimata awak ,saya tahu itu n saya bukan lar ingin meminta sympathy,p cuma ingin rasa disayangi n dihargai ,bukan 24 jam y saya pinta ,p ckup prihatin n kehidupan seharian .saya minta Maaf atas kekurangan dri saya selama ni kurg mnyenangkan awak .Awk da Berubah,awak xcm y saya kenal dahulu .Ya Allah,Jika ini sepanjang jalan hidupku dtemani selalu n Airmata,Aku pasrah dan Redhaa n ketentuan ujianMu ya Allah.tabahkan lar dan Kuatkan lar aku ya Allah disisiMu selalu .Aku perlu bimbinganMu.Aku benar Tertekan .

Saturday, November 19, 2011

UntukMu Wahai kaum ADAM.


Assalamualaikum..


Maaf kumohon darimu,duhai Adam …


seandainya bait bicara ini bisa menggores parah tangkai hatimu dan membenamkan luka yang dalam…


telah lama aku mencari kekuatan,untukku larungkan getaran di jiwa yang makin mencengkam,segalanya kerana rindukan berkibarnya syiar Islam,
dibumi yang kian gersang….


Adam...
Sukarnya untukku lafazkan kecewa dihati ini,
bila saban hari ku terpaksa berhadapan dengan kaummu yang sekadar tertunduk malu,
sedang deretan dosa dan noda melingkari ruangan alam….,
keji, tanpa alasan….


Kenapa Adam??? Kau membisu, 
sedangkan kekuatan padu ditanganmu,
sekadar membisu, masa terus berlalu……


Adam...
Tersangat pilu hatiku, bila melihat kaummu, menghapuskan hijab antara kita…


pandanganmu kau tebarkan ke serata ruangan,tiada lagi halangan….


hawa jadi perhatian..


"….bukankah jelas dinyatakan,kita punyai batasan,tak dapat dirobohkan,segalanya tuntutan….


dan kalianlah yang harus tegakkan ….dalam kedangkalan akal fikiran umat zaman ini!!!


Adam...
Bukan niatku untuk membelakangkanmu,
malah kutahu,kau lebih berkuasa daripadaku….


yang cukup lemah dan kerdil ini…tapi,ku tak mampu,Adam….menyimpan lahar yang kian bergelegar ini….dan jiwaku meronta sayu,kekuatanku terbatas,Adam!!!.suara hatiku tenggelam…segalanya membeku sehingga peritnya kutahan,dalam dakapan duka,menanti terbangunnya kegemilangan Islam…


Adam...
Ku tak mampu lagi menahan tangis… hiba bila mengenangkan sikapmu, ego kau julang, kau biarkan ku merintih dalam sendu menahan pedih….pernah dan sering kuluapkan …kau harus bangkit dan cipta perubahan…kau mampu,Adam!!!.kerana bukan lemah yang terbenam dalam dirimu,tapi kemahuan yang tak kau asah!!!.sesekali aku bangga,Adam…kau memang insan gemilang,ilmumu tak terbilang,tapi kemana hilangnya kewajipanmu yang harus kau jalankan untuk memimpinku ke jalan kebenaran???!!!


Adam....
Sekali lagi kumohon pengertianmu,bukan kebahagiaan zahir yang ku harapkan…bukan jua kebebasan pergaulan kita yang jadi impian,hancurkanlah segalanya itu…Kubenar-benar mengharapkan kau bangkit membela kehormatan agama kita….Bentukkan kembali hati-hati yang mengagungkan kebesaranNya,laksanakan perintahNya dan seterusnya,biah solehah mengharumi dunia….


Adam...
Bicara ini harus kuhentikan jua…Namun,kemaafan tetap ku hulur dan mengharapkan penerimaan.Walau ku tahu, ada hati yang bakal menyimpan dendam, ada jiwa yang bergetar menahan kemarahan, biarlah…..aku redha dan kupasti dengan ketulusan niatku tanpa ada karat mazmumah dan muslihat yang tersimpan….



Bangkitlah adam!!! Teruskan bina kekuatan…… Bimbinglah kaumku yang merindukan kemantapan iman… Bukan sekadar impian…. Kebahagiaan dunia yang tak kesudahan… Kita bertemu DISANA ….NEGERI KEKAL ABADI.

InsyaAllah....sekian...


Akhir penaku....terimalah 

PUISI BUAT ADAM DARI HAWA

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu,
Sesungguhnya aku adalah HAWA,
Teman mu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu,
Aku asalnya dari tulang rusuk mu yang bengkok,
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan dari mu,
Juga sentiasa mahu tersasar dari landasan kerana aku buruan syaitan.....

Adam,
Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaum mu di akhir zaman,
Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya,
Jika bilangan kaum mu mengatasi kaumku ,
Nescaya merahlah dunia ini kerana darah manusia,
Kacau bilaulah suasana,
Adam sesama Adam bermusuhan kerana Hawa,
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil,
Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya pun,
Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah,
Yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi lebih dari empat dalam satu masa,...

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku,
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku,
Tapi....aku risau menyaksikan tingkah mu,
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isteri mu,
Namun....terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara ini...

Adam,
Aku tahu bahawa dalam al-quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita,
Kau diberi AMANAH untuk MENDIDIKKU,
Kau diberi TANGGUNGJAWAB untuk MENJAGAKU,
MEMERHATI dan MENGAWASIKU,
Agar sentiasa di dalam REDHA Tuhan,
Tapi Adam..nyata dan rata-rata apa yang terjadi pada kaumku kini,
Aku dan kaumku telah ramai menderhakai mu,
Ramai yang menyimpang dari jalan yang ditetapkan,
Asalnya Allah menghendakiku tinggal tetap dirumah,
Kerana di jalan-jalan,di pasar-pasar,di Bandar-bandar bukan tempatku,
Jika terpaksa keluar,
Seluruh tubuhku mesti ditutup,
Dari hujung rambut hingga hujung kaki,
Tapi....realitinya kini, HAWA telah lebih dari sepatutnya....
Adam,
Mengapa kau biar aku begini????

Aku jadi ibu,
Aku jadi guru itu sudah tentu katamu,
Aku ibu dan guru kepada anak-anak mu,
Tapi sekarang diwaktu yang sama,
Aku kehadapan menguruskan hal negara,
Aku ke hutan memikul senjata,
Padahal kau duduk bersahaja,
Ada di antara kau yang menganggur tidak bekerja,
Tetapi kaumku,
Kainnya tinggi menyingsing paha mengamankan negara,
Apakah sudah hilang kasih suci mu terhadapku???

Adam,
Marahkah kau jika ku katakan andainya HAWA terpesong,
Maka Adam yang patut dipersalahkan!!!!
Kenapa???
Mengapa begitu Adam???
Ya, ramai orang kata jika anak jahat, itu kerna ibu dan ayah tidak pandai mendidik,
Jika murid bodoh salah kan guru tidak pandai mengajar.....

Adam,
Kau selalu berkata HAWA memang degil kerana tidak mahu mendengar kata...
Adam...seharusnya kau tanya dirimu ,
Apakah didikan mu terhadapku sama seperti didikan Baginda Rasullah SAW terhadap isteri-isterinya???
Adakah Adam melayani HAWA sama seperi psikologi Baginda kepada mereka???
Adakah akhlak Adam-adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum hawa???

Adam,
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum mu,
Aku adalah pengikut-pengikut mu,
Kerana kau adalah ketua,
Jika kau benar maka benarlah aku,
Jika kau lalai maka lalailah aku,
Kau punya kelebihan akal,
Manakala aku punya kelebihan nafsu,
Akal mu Sembilan nafsu mu satu,
Aku....akalku satu nafsuku beribu,
Dan itu Adam,
Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai,
Sering aku tergelincir di tolak sorong oleh nafsuku serta kuncu-kuncunya,
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhan mu agar menerangi hidupku,
Tiupkanlah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah...

Adam,
Andainya aku masih lalai dengan kerenahnya sendiri,
Masih segan mengikut langkah para sahabat,
Makin gentar mencegah mungkar,
Maka kita tunggu dan lihatlah,
Dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah,
Malulah engkau Adam,
Malulah pada diri engkau sendiri,
Dan pada Tuhan mu...yang engkau agungkan itu.......

Bukanlah mahu menunding jari, tapi mgkn ini salah satu faktor….renungkanlah…


Dari kaum HawaMu;Lunaa Ellyana

Friday, November 18, 2011

Indah Ujian Allah ni.

Doa ni saya amalkan u Pelihara Haty saya y saya pendamkan ddlm kesedihan .Hanya Allah y lebih Mengetahui .
Hari bertambah hari .rasa nk hilangkan diri jea kt dunia ni ,rasa dri ni mmg xlayak kt Dunia ni,aku tahu aku xpenting,Ya Allah ,berikan lar aku kekuatan dlm mgharungi ujianMu ,ssungguhnya besar nikmatMu ,aku Redha Ya Allah .suprise ni ke y Engkau hendak berikan pd ku ? Aku xkuat Ya Allah ;'( ,Permudahkan lar segala Urusanku ya Allah ,bantu lar HambaMu ini y Dhaif .Benar laa ,sungguh Indah apa y Engkau tlh ciptakan n y tlh Engkau aturkan segala nyaa .Aku Redhaa Ya Allah .Syukur Alhamdulillah n UjianMu y bnyak mngajar aku Erty 'memerlukan' .Maafkan aku kerana Terlekaa .

Thursday, November 17, 2011

SPM ?

Tekunnya ;D .Semoga n segala usaha y bersungguh2,apa y dipelajari dpt dia berbkti pd sch y dia blh Berjaya .Amin .


Hari ni daa msuk hary ketige Candidate Pelajaran Malaysia menduduki peperiksaan ,Hopely awak dpt buat y terbaik taw .saya akan sentiase doakan awak dalam solat spye haty awak sentiase tenang n dpt jwp peperiksaan n baik sperty mane pmeriksa nak mahupn sperty mane skema jwpn perlu kan ;D .LoveYou .
Nie saye n kwan lg sejak Azali nya lg ,kiteorg mg selfish kit law da bergaduh ,pepandai sendri laa ingt .Haha ,p ape2 pn ,kite org ,''ibrt wlau dicincg air,xkn putus'' .tu lar Erty persahabatan kami ;D
Har ni kengkawan saya ,dia ni blh nnk dkata kn sefahaman n saya .gmbr ni masa raya  puasa hari tu .okee,saya taw ,saya da terlambt sgt2 kan ?p xpelaa ,saya nk share jea ;D
Nie kawan saye y saya selalu bawa dia p sch same2 ,kiteorg da terbiase cgt da kott p sch 'lambat' jea.nk kate kua uma sharp kul 7,p kdg2 tu terlajak jugak .Hihi#jgn mrh ye Ajin ;D
okey ,dperkenalkn dri kri,pink itu ''saye'',y tgh pula nme Famous dia org pggil ''bony'' y comel kanan sekaly tu ,kwan saya jugak ,name dia ,kau org bley pggil ''Bella'' .#Yeahh ,kita da taw nickname lame Teahh.hikhik
Nie kt depan Garaj rumh saya ,masetu saya n xbpe nk ckup blngn Fmily p beraya .hihi .raye ke brp pn saya xingt daa ,p tgk la mke saya,HAPY kan ?xsemesty nya happy xde mslh .emm ;*)

Wednesday, May 18, 2011

about LIFE .



emm saya tawu ,saya takla sempurna mcm org lain ,tpi saya cuma nak luahkn ia ,salah ke awak law saya nak ada n awak disisi selalu didalam suka n duka bersama ?emm saya tawu saya bukan la y terbaik ,tpi saya sedang cuba untuk baiki lgy kesilapan saya y tak disngaja kn saya da lakukn .emm slah jugakk ke kalau saya nak bersama n awak selama nya ?slah ke saya nak dptkn hati awak n nak kunci2 rapat2 tntg awak .saya da cuba sedaya y buley untuk menambat hati awak semula agar mekar cinta kita ,p keadaan memaksa n slah seorg dri dua insan ini xmaw mgalah pn untuk memaafkn antara satu sama lain .knp pyh awak untuk kita memahami antara satu sama lain ,kan awak ?mgkin btul ckp awak ,saya byk selfish dri awak hinggakn awak hilang thap kesabaran awak pd saya .emm tu la blasan saya.bru saya tawu mcm ane rase nya bila hati nei disakiti o org y kita syg =.= tapi jgn la smpaikn keluar kn perkataan y tak sedap didengar .rasa mcm dri nei lain sgt pd pndngn dia .nak menangis pun ade jugakk .hmmmmm~ sedih sgt2 taw .tak apela .SABAR kn mngajar kita erty menghargai seseorg y kita syg itu n mengambil masa u sendrian u memikirkn ap y telah kita kecewa kn haty nya .salah jugak ke awak kalau saya nak bersama awak selama nya ?

Sunday, May 15, 2011

diri ,keadaan ,hati

emm ,ariny even xla s'epy mane p ariny mcm xpercaya aje ikut my mummy p masjid jamek .dgr cara2 org khusus nk p haji .whoa ?tpi tak ape la ,eppy jugak dri duk uma seorg diri baikk ikutt .bule timba pengalaman :D .tak sangka ap y terjadi stelah bberape jam berlalu .p it's okay la .ad baik law kita muhasabah diri masing2 dri memarahi sesame sendri n talk long stelah guna kn kekasaran ,mcm tak percaya ,sggup nya perbuatan tu d'lakukn .''If God has destined him to me, I am sure he will come back to me despite many obstacles that occur''hope we must patients with what happening .

Sunday, April 10, 2011

calon2 syurga n neraka ..

Sabda Rasul saw : "Semua ummatku layak masuk syurga kecuali mereka yang sengaja enggan masuk syurga." Sahabat bertanya : "Siapakah yang enggan masuk syurga itu ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah saw : "Sesiapa yang taat kepadaku layak masuk syurga dan sesiapa yang menderhakaiku maka sesungguhnya ia lah orang yang enggan masuk syurga."

Hadis ini menjelaskan kepada kita calon syurga ialah mereka yang taat kepada Allah swt dan melaksanakan sunnah Rasulullah saw sementara calon neraka pula ialah mereka yang melanggar perintah Allah swt, melakukan maksiat dan mungkar serta derhaka kepada Allah swt dan Rasul-Nya .

Antara calon neraka ialah mereka yang melampaui batas agama. Tidak peduli dosa dan pahala. Mereka bertindak berasaskan nafsu dan syahwat.

Memburu kepentingan duniawi tanpa peduli halal dan haram. Demikianlah firman Allah swt :

"Maka adapun sesiapa yang melampaui batas (melakukan perbuatan yang ditaja oleh nafsu dan syaithan) dan terlalu kemaruk dengan kehidupan dunia sehingga mengabaikan akhirat maka sesungguhnya neraka jahannam lah tempat tinggal yang layak buat mereka."

Sementara calon syurga pula ialah mereka yang takut kepada Allah swt Tuhan yang Maha Agong. Tidak berani mengangkat muka untuk derhaka dan melanggar hukum Allah swt. Juga orang yang mencegah dirinya dari perangkap nafsu dan syahwah serta bebas dari melakukan perbuatan terlarang seperti rasuah, judi, arak, zina, pecah amanah, zalim dan sebagainya. Firman Allah swt :

".. dan adapun mereka yang takut kepada Tuhannya yang Maha Tinggi dan mencegah dirinya dari nafsu dan syahwah maka sesungguhnya syurga adalah tempat tinggalnya yang paling layak." (Surah an Naazia't : 38 - 41)

Tegasnya syurga tidaklah mudah untuk dimasuki melainkan mereka yang bertaqwa kepada Allah swt, justeru syurga hanyalah diwariskan kepada mereka yang bertaqwa. Taqwa dengan maksud tunduk dan patuh kepada perintah Allah swt dan meninggalkan semua perkara yang dilarang oleh Allah swt.

"Demikian syurga yang kami wariskan dari kalangan hamba-hamba kami akan mereka yang benar-benar bertaqwa." (Surah Maryam : 63)

Sebahagian dari penegasan Al Quran sebagai kalamullah dalam menetapkan calon neraka dan calon syurga dapat kita lihat dari ayat ini :

".. bahkan mereka yang melakukan kejahatan (rasuah, judi, arak, zina, pecah amanah, zalim dan sebagainya) dan ia terus hanyut tenggelam dalam kejahatannya maka mereka adalah penghuni neraka, mereka pula kekal di dalamnya sementara orang-orang yang beriman dan beramal dengan amalan yang soleh, merekalah penghuni syurga, mereka pula kekal di dalamnya." (Surah Al Baqarah : 81)

Ayat-ayat di atas, bolehlah dinilai oleh setiap individu, bagaimana keadaan kita.

Ia pasti sahaja melewati batas sempadan parti politik dan kepentingan suku kaum.

Siapa jua yang tidak melandasi hidup berasaskan manhaj rabbani dan sunnah an nabawi maka ia sendiri tahu bagaimana nasib dan masa depannya di akhirat kelak.

Selebihnya menjadi milik mutlak Allah swt untuk menetapkan keputusannya berkait syurga dan neraka.

Namun tidaklah salah jika kita menyebut kalau kamu buat begini jawabnya neraka dan kalau kamu buat begini tentunya syurga balasan ke atas kamu.

Seperti kita menyebut kepada anak kita, "Hei Awang! Jangan mencuri nanti kamu masuk neraka" atau sebaliknya "Hei Awang! Sembahyanglah kalau kamu nak masuk syurga."

Tentu tidak salah perkataan-perkataan tersebut justeru ia bermaksud untuk mendidik anak bukan menentu syurga atau neraka buat sang anak.

pemuda y eklazz n CINTA ~

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."

Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian...

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Catrina?"

Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.

Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."

----------TAMAT------------

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?

cinta dunia n cinta akhirat ...

Setiap manusia mempunyai perasaan cinta dan menyintai. Cinta itu juga mempunyai tafsiran yang luas dan berbeza-beza. Rasa cinta dan sayang itu bukanlah hanya terbatas kepada lelaki dan wanita sahaja. Cinta itu sangat universal dan boleh dizahirkan dalam apa jua bentuk dan apa jua keadaan. Rasa cinta itu boleh diterjemahkan kepada rasa cinta terhadap kerjaya atau kerja, harta, ilmu dan sebagainya.

Namun dalam dunia serba moden ini, apabila menyentuh mengenai cinta ia akan ditujukan kepada sama ada cinta antara lelaki dan wanita ataupun cinta manusia kepada kebendaan iaitu harta dan kemewahan. Pemikiran jumud begini boleh menjadikan manusia hamba duit tanpa memikirkan mengenai akhirat.

Namun begitu masih ada yang bijak menguasai dunia dan mengharapkan kebaikan di akhirat. Mereka ini adalah golongan yang beruntung kerana diberikan ni'mat untuk merasai kedua-duanya. Dan seharusnya mereka memperolehi keberkatan ini hanyalah kerana pencarian mereka yang seimbang antara dunia dan akhirat tanpa lalai walaupun dalam seminit.

Sesungguhnya mereka seperti ini telah disebutkan oleh Allah SWT yang bermaksud, "Dan bersabarlah kamu bersama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi hari dan senja hari dengan mengharapkan keredaan-Nya; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batasnya ." (Surah al-Khafi : 28)

Sebagai seorang Muslim yang akan dibangkitkan pada hari kiamat kelak perlu mempersiapkan diri untuk mendapat kecintaan yang hakiki di akhirat nanti. Memang benar, kehidupan di dunia juga perlu dititikberatkan bagi membawa satu imej yang hebat di mata-mata musuh Islam. Namun begitu, segala kekayaan dan kemewahan itu pula, hendaklah jangan kedekut untuk dibelanjakan bagi mencapai kesenangan di akhirat.

Itulah yang dinamakan keseimbangan antara kehendak dunia dan keperluan akhirat. Namun, ramai yang pada hari ini apabila sudah menemui kejayaan di dunia akan melupakan kehidupan selepas kematian nanti. Ketika itulah segala amalan di dunia akan diambil kira. Segenap 'sen' harta akan dihisap sama ada digunakan ke jalan Allah ataupun segala kemewahan itulah yang melalaikan hamba-Nya ini.

Penuhi amal dan iman

Satu jalan mudah untuk menjauhi sifat kedekut yang menandakan itulah perasaan terlalu cintakan dunia ialah penuhi dengan amal dan iman. Dua perkara ini mampu membersihkan jiwa dan hati daripada menjadi keras daripada hanya memikirkan dunia semata-mata.

Pernah berkata, Al-imam Sufyan al-Tsauri r.h.m. "Telah sampai kepadaku bahawasanya akan datang satu masa kepada umat manusia di mana pada masa itu semua hati-hati manusia dipenuhi oleh kecintaan terhadap dunia, sehingga hati-hati tersebut tidak dapat dimasuki rasa takut terhadap Allah SWT.Dan itu dapat engkau ketahui apabila engkau telah memenuhi sebuah bakul kulit dengan sesuatu hingga penuh kemudian engkau cuba memasukkan barang lain ke dalamnya namun engkau tidak mendapati ruang untuknya lagi,".

apabile dri d'hinaa :'(

DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan apabila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi di khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita.

Apabila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa itu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.

Dalam situasi apabila kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan, kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan apabila kita dihina. Antaranya ialah:

Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah..
Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi, kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku)
Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.
Apabila kita difitnah, kita akan tidak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini. Kesan daripada itu (sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita.
HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.
Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.
Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.

Sunday, March 27, 2011

9 sebab hubungan tidak mampu bertahan..
1. Menipu

Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan

Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan

Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.


4. Mengungkit Hal Yang Lalu

Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat

Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi

Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati

Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak

Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga

Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

Anniversary we're already...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers